Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangkitan COVID-19 terus naik, 11,034 kes baharu -

Jangkitan COVID-19 terus naik, 11,034 kes baharu

JUMLAH positif harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 11,034 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu di negara ini yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,925,254 kes.

Sejak semalam, bilangan kes positif harian kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 adalah pada 2 Oktober lepas iaitu 10,915 kes. – SB