Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir Sabah: Tiga PPS dibuka di Pitas, tempatkan 311 mangsa -

Banjir Sabah: Tiga PPS dibuka di Pitas, tempatkan 311 mangsa

TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, tiga PPS itu ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II yang menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (135 mangsa daripada 36 keluarga) dan Dewan Kampung Kusilad (68 mangsa daripada 20 keluarga), setakat 8 pagi tadi.

Semua PPS itu dibuka sejak petang semalam, berikutan paras air yang semakin meningkat di kampung terbabit iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.- BERNAMA