Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKM nafi saran warga emas tidak keluar mengundi pada PRN Johor -

KKM nafi saran warga emas tidak keluar mengundi pada PRN Johor

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurut hebahan palsu tersebut, kumpulan berkenaan disarankan agar berbuat demikian bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan golongan warga emas.

Bagaimanapun, KKM memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan saranan itu dan berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit. — BERNAMA