Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dunia tangisi kematian Rayan -

[VIDEO] Dunia tangisi kematian Rayan

by

in

KANAK-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa, dilaporkan meninggal dunia. 

Berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu dan Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Kisah kanak-kanak lelaki itu menjadi tumpuan seluruh dunia yang mendoakan keselamatan Rayan serta melancarkan tanda pagar #SaveRayan sehingga ‘trending’ di media sosial.

Rayan terperangkap di bawah permukaan tanah di wilayah Chefchaouen, Maghribi, dengan kedalaman 32 meter, berada dalam suasana gelap-gelita dan sejuk selama beberapa hari. Berikut adalah kronologi kejadian menyayat hati yang menimpa kanak-kanak malang ini.

Hari pertama (1 Februari 2022): 

Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumah mereka. Rayan dipercayai bermain di perigi dan setelah beberapa ketika, bapanya mula sedar, anaknya itu sudah hilang. Bapanya terkejut apabila mendapati Rayan terjatuh ke dalam perigi kering dan meminta bantuan penduduk kampung.  

Hari kedua (2 Februari 2022): 

Usaha menyelamat giat dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk pegawai perubatan. Perigi seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun dan jika meluaskannya, ia terlalu berisiko untuk runtuh. Pasukan menyelamat membuat cerun ke dalam bukit untuk masuk ke dalam perigi dari bahagian tepi. 

Hari ketiga (3 Februari 2022): 

Pasukan penyelamat berjaya menyalurkan bekalan oksigen, air serta kamera dan mendapat maklum balas Rayan. 

Sebuah helikopter juga bersedia di kawasan kejadian untuk terus membawa Rayan ke hospital selepas dikeluarkan.

Hari keempat (4 Februari 2022): 

Peringkat akhir misi menyelamat. Pasukan penyelamat mengorek terowong sedalam tiga meter untuk sampai kepada lokasi Rayan. Hanya tinggal tiga meter untuk sampai ke lokasi Rayan, namun berdepan risiko tebing runtuh. Rakaman kamera menunjukkan Rayan masih hidup dan sedar, tetapi mengalami kecederaan ringan di kepala.

Hari kelima (5 Februari 2022):  

Kedudukan Rayan disahkan. Fokus adalah membawanya keluar dengan selamat melalui terowong yang digali. Bagaimanapun, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat menghampiri kedudukannya pada lewat Sabtu waktu tempatan. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan paru-paru dan tulang belakang.

Berita sedih mengenai kematian Rayan itu itu menjadi perhatian seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menzahirkan rasa simpati, sedih di atas kematian kanak-kanak tersebut. 

Netizen memberi maklum balas simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan di platform media sosial. 

“Dari kegelapan dalam tanah, ke cahaya di Jannah, berehatlah Rayan,” tulis @afifahilyana di Twitter.

“Syurga buatmu Rayan, hancur hati bila baca berita dia,” kata @feenrhmt.

“Bersemadilah kau dengan aman di dunia yang kekal abadi, Rayan,” ciap Ajiq. –  SB