KES baharu Covid-19 pada Jumaat mencatatkan lonjakan lebih 1,500 kes, tertinggi sejak Oktober 2021.
Pada hari ini, kes baharu harian Covid-19 yang direkodkan adalah 7,234 berbanding 5,720 kes semalam.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian melebihi angka 7,000 pada 16 Oktober tahun lalu dengan 7,509 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,895,014 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook beliau, hari ini. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.