Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
23,578 kanak-kanak di Sabah mendaftar untuk vaksinasi menerusi PICKids -

23,578 kanak-kanak di Sabah mendaftar untuk vaksinasi menerusi PICKids

SERAMAI 23,578 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di Sabah sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang sudah berdaftar di Sabah bermula semalam di lima hospital pakar sebelum diperluaskan ke hospital dan klinik seluruh negeri mulai esok.

Katanya, lima hospital pakar terbabit ialah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Hospital Dushess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Kita masih terus menyediakan 251 fasiliti kesihatan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta untuk menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin sama ada ‘booster’, vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama,” katanya dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga boleh mendaftarkan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing melalui aplikasi MySejahtera dengan menggunakan dokumen MyKid atau Sijil Kelahiran.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan PICKids di Sabah turut dibuat melalui ‘walk-in’, PPV Awam, ‘offsite PPV’, aktiviti jangkauan luar ke kawasan pedalaman dan mengikut sekolah dalam daerah.

Katanya, sama seperti program pemberian vaksin sebelum ini, vaksin untuk kanak-kanak juga adalah percuma kepada warga negara Malaysia dan warga asing.

Sementara itu, Rose Nani menyarankan ibu bapa dan penjaga disarankan agar memastikan anak-anak yang dibawa mendapatkan vaksin supaya mengambil makanan sebagai alas perut sebelum divaksin.

“Kanak-kanak perlu memakai baju lengan atau seluar yang boleh lipat dengan mudah kerana suntikan diberi pada lengan atas atau di bahagian paha,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memberi ubat paracetamol kepada anak jika mengalami demam selepas vaksinasi dengan dos mengikut berat badan.

PICKids dilancarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam dengan anggaran kira-kira empat juta kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun layak divaksin di seluruh negara. – SB