KES harian positif Covid-19 masih lagi kekal pada paras melebihi 5,700 kes apabila sebanyak 5,720 kes positif direkodkan di seluruh negara pada Khamis.
Angka berkenaan menjadikan jumlah kes positif harian melebihi paras 5,000 kes selama tiga hari berturut-turut.
Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 16 kes berbanding jumlah jangkitan seluruh negara pada Rabu iaitu sebanyak 5,536 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes positif Covid-19 pada hari ini itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah sebanyak 2,887,780 kes.
Katanya, maklumat terperinci berkenaan Covid-19 akan dimuat naik ke laman COVIDNOW sementara data harian laman berkenaan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. –SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.