Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis bongkar kegiatan lombong bitcoin, seorang lelaki ditahan -

Polis bongkar kegiatan lombong bitcoin, seorang lelaki ditahan

PIHAK polis menahan seorang lelaki di sebuah premis yang menjalankan kegiatan melombong bitcoin dan penyambungan elektrik secara haram dalam satu serbuan di Taman Simfoni, Langkawi, pada Selasa.

Kegiatan itu dibongkarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi yang melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam berkenaan akiviti mencurikan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki berusia 28 tahun yang ditahan dalam serbuan jam 12.05 malam itu dipercayai mengurus perlombongan bicoin di premis terbabit.

“Lelaki yang ditangkap tersebut telah membawa pihak polis dan dengan dibantu oleh kakitangan Teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke sebuah premis berhampiran Persiaran Putera dan berjaya membuka pintu premis tersebut dengan menggunakan anak kunci yang telah dirampas dari lelaki yang ditangkap.

“Pemeriksaan di dalam premis tersebut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan perlombongan jenis bitcoin dan disyaki menjalankan sambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian pada harta benda TNB,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Menurut Shariman, pihaknya telah merampas 180 unit dipercayai mesin melombong bitcoin, satu unit router WiFi, lapan buah ‘network adaptor’ dan tiga unit modem WiFi.

Katanya, lelaki terbabit kemudiannya di bawa ke IPD Langkawi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.