Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia kekal destinasi pelaburan yang menarik, menguntungkan - Muhyiddin -

Malaysia kekal destinasi pelaburan yang menarik, menguntungkan – Muhyiddin

PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara sejak 2020 gagal menggugat kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan menguntungkan.

Menurut Pengerusi Majlis Perumahan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga setakat ini, Malaysia telah membuktikan hakikat itu dengan pertumbuhan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang memberangsangkan.

Kata bekas Perdana Menteri itu, negara telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak RM177.8 billion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada tiga penggal pertama 2021 – peningkatan sebanyak 51.5 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada 2020.

“Pertumbuhan paling besar ditunjukkan oleh sektor pembuatan dengan peningkatan 58.4 peratus (RM103.9 billion) diikuti perkhidmatan (32.5p peratus atau RM57.8 billion) dan sektor-sektor utama lain (9.1 peratus atau RM16.1 billion.

“Pertumbuhan ini juga dijangka akan mewujudkan 79,899 pekerjaan di dalam negara,” jelas beliau dalam ucaptama Forum Jangkaan Ekonomi Dan Strategi Malaysia 2022 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Muhyiddin menambah, setakat ini, kerajaan telah meluluskan 60 peratus (RM106.1 billion) daripada permohonan pelaburan langsung asing (FDI) telah dibuat.

Angka tersebut kata beliau, satu perkara yang amat menarik jika dibandingkan dengan jumlah gabungan kelulusan FDI oleh Singapura China Australia Jepun dan belanda yang hanya berada pada setakat 85.3 peratus.

“Dalam masa sama angka yang memberangsangkan ini turut memberi isyarat masih banyak ruang untuk penambahbaikan dilakukan bagi menarik lebih banyak FDI ke Malaysia dan sepertimana negara-negara lain, negara juga sedang menyasarkan potensi kekayaan masih belum diteroka,” kata beliau.

Muhyiddin menjelaskan buat pertama kali dalam sejarah negara, jumlah dagangan pada 2021 telah melebihi RM2 bilion yang merupakan pertumbuhan sebanyak 24 perpuluhan enam peratus pada tahun ke tahun.

“Pertubuhan ini mencapai jumlah dagangan bernilai RM2.01 trilion di antara Januari hingga November 2021.

“Walaupun angka-angka ini amat memberangsangkan masih terdapat beberapa cabaran yang dihadapi waktu usaha dijalankan untuk mencapainya,” jelas beliau.

Kata beliau, ekonomi negara telah mengalami penyusutan sebanyak 7.6 dan 4.7 peratus masing-masinh pada Julai dan Ogos 2021 ekoran perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara bagi mengurangkan kesan daripada perintah perintah kawalan pergerakan yang telah dijalankan terhadap perniagaan serta mengelakkan kejatuhan ekonomi.

Pun begitu jelas beliau, langkah tersebut juga telah membolehkan negara pulih yang mana beberapa institusi kewangan telah meramalkan Malaysia akan mengalami pertumbuhan sebanyak 4 peratus pada 2021.

“Manakala Bank Negara pula meramalkan ekonomi Malaysia akan mengalami pertumbuhan sebanyak 55 sehingga 65 peratus pada 2022.

“Pastinya kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membina kembali keyakinan sepertimana yang telah dapat dilihat daripada langkah-langkah yang telah diambil pada tahun-tahun sebelum ini,” kata Muhyiddin.

Selanjutnya menjelaskan inilah sebabnya kenapa rancangan Malaysia ke 12 telah diperkenalkan kerana ia merupakan peta kepada perancangan kerajaan untuk lima tahun ke hadapan.

Daripada kerangka utama ini kata Muhyiddin, banyak perancangan akan dijalankan bukan sahaja untuk pemulihan tetapi juga pembangunan negara.

“Penghasilan inovasi dan idea yang lebih baik untuk membuka peluang perniagaan ini akan berlaku apabila keyakinan terhadap negara berada pada tahap yang lebih tinggi.

“Menjadi harapan saya agar forum-forum seperti yang diadakan pada hari ini membina keyakinan tersebut melalui analisis pembangunan ekonomi negara dan juga nasihat kepada kerajaan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai tujuan tersebut,” kata beliau.

Muhyiddin turut mengatakan, dalam waktu yang sama amat penting untuk diwujudkan kepimpinan dan perancangan yang mempunyai cop tensi tinggi.

Jelas beliau, itu penting bagi memastikan keberkesanan dalam penggunaan diperolehi daripada analisis yang dijalankan dan juga strategi yang telah dirangka daripadanya.

Forum Jangkaan Ekonomi Dan Strategik Malaysia 2022 di Kuala Lumpur merupakan satu acara tahunan yang mengumpulkan pakar-pakar industri dari pelbagai bidang yang diadakan pada setiap Januari.

Pandangan dan pendapat pakar-pakar ini akan diberikan kepada pengubal undang-undang; pemain industri; pelabur dan pemimpin masyarakat bagi memberikan mereka gambaran keadaan ekonomi pada masa hadapan. – SB