Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Maimunah Mohd Sharif dilantik semula terajui PBB - Habibat -

Maimunah Mohd Sharif dilantik semula terajui PBB – Habibat

DATUK Maimunah Mohd Sharif dari Malaysia dipilih semula oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat) untuk tempoh dua tahun, lapor Xinhua.

Tempoh perkhidmatan beliau untuk penggal empat tahun awalnya berakhir pada Rabu. Penggal dua tahun baharunya bermula pada 20 Januari 2022 dan berakhir pada 19 Januari 2024.

Perhimpunan Agung pada Khamis bertindak atas saranan Setiausaha Agung PBB António Guterres. Pemilihan semula Maimunah diluluskan sebulat suara tanpa undian.

Sebelum menjadi ketua UN-Habitat, Maimunah merupakan Datuk Bandar Pulau Pinang di Malaysia. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti.

Sejak menyertai PBB pada Januari 2018, Maimunah berjaya meletakkan semula UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran lestari. Beliau ialah pengerusi bersama Pasukan Petugas Setiausaha Agung mengenai Masa Depan Bandar dan pengerusi bersama Gabungan 2030 Kerajaan Tempatan serta memperjuangkan perspektif bandar dalam Forum Ekonomi Dunia, kata pejabat akhbar Setiausaha Agung PBB.

Maimunah, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam kajian perancangan bandar dari Institut Sains dan Teknologi Universiti Wales dan Ijazah Sarjana dalam pengajian perancangan dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.- BERNAMA