Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Syed Saddiq dinasihat hati-hati membuat kenyataan di media sosial -

Syed Saddiq dinasihat hati-hati membuat kenyataan di media sosial

MAHKAMAH Tinggi  menasihatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kes yang dihadapinya di mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Presiden Parti Muda itu perlu membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan sebagai tertuduh ketika mengeluarkan kenyataan.

“Saya memahami kesusahannya tetapi beliau tidak boleh mencampuradukkan semua, sebagai seorang ahli politik dan tertuduh. Saya pasti dari semasa ke semasa anda (peguam) akan dapat menasihatinya tentang apa yang boleh (berhubung hantaran di media sosialnya),” katanya pada prosiding sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi, pada Rabu.

Hakim berbuat demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu mahkamah, Syed Saddiq sebelum ini ada membuat hantaran di Facebook mengenai perjalanan kesnya di media sosial, seolah-olah ia adalah pembelaan awal dalam kes sedang dihadapi beliau.

Wan Shaharuddin berkata, beliau hendak mengingatkan Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati kerana apa-apa kenyataan yang dikeluarkan itu boleh digunakan terhadap beliau (di mahkamah).

“Ini bukan satu permohonan gag order (perintah larangan), cuma nasihat daripada orang yang lebih matang daripada tertuduh,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan harta dan dua tuduhan pengubahan wang haram ketika dibacakan sekali lagi terhadapnya, hari ini.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata, anak guamnya perlu diberi ruang yang lebih fleksibel bagi menjelaskan kepada orang ramai yang ingin mengetahui mengenai kes yang dihadapinya di mahkamah, namun peguam itu mengambil maklum mengenai teguran hakim berkenaan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga menetapkan 22 hari bermula 7 hingga 10 Jun, 20-22 Jun, 27 dan 28 Jun serta 4-8 Julai, 13-15 Julai dan 18-22 Julai untuk perbicaraan kes dan tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. – SB