Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
LLM sedia bincang harga pelekat RFID dengan PLUS, Touch ‘n Go -

LLM sedia bincang harga pelekat RFID dengan PLUS, Touch ‘n Go

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) bersedia mengadakan pertemuan dengan PLUS Malaysia (PLUS) dan Touch ‘n Go untuk membincangkan pengurangan harga pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Memetik laporan FMT, sumber memaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha meredakan kemarahan orang ramai.

“Pelekat berharha RM35 itu tidak boleh dipasang di dalam kereta. 

“Ia dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu hadapan. Masalahnya adalah ia cepat lusuh. Ia boleh rosak selepas kereta dicuci beberapa kali,” kata sumber.

Sumber mengakui perkara itu menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung kos untuk beralih kepada penggunaan RFID.

“Idea unuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmartTAG bagus, tetapi semuanya mestilah berjalan lancar,” katanya.

“Kerajaan telah memberitahu PLUS dan Touch ‘n Go supaya memastikan semua berjalan secara teratur.”

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan harga jualan RM35 walaupun pelekat itu boleh dibeli secara dalam talian dengan harga RM1.

Menerusi catatan di Facebook, Najib berkata, harga itu patut dikurangkan kepada RM5 sekiranya ia tidak diberikan secara percuma.

FMT cuba menghubungi pihak Touch ‘n Go untuk mengulas perkara itu.

Pada Isnin, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Touch ‘n Go dan PLUS supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pembayaran RFID.

Ini susulan maklum balas orang ramai berhubung kesesakan teruk di sesetengah plaza tol selepas RFID mula digunakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang ke Plaza Tol Skudai di Johor.

PLUS memberitahu bahawa sekurang-kurangnya satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer (km) itu. – SB