Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lapan ditahan bantu siasatan kes jual sijil digital vaksin tidak sah -

Lapan ditahan bantu siasatan kes jual sijil digital vaksin tidak sah

POLIS menahan lapan individu termasuk tiga pekerja sebuah klinik swasta di Johor Bahru, Johor bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti penjualan sijil digital vaksin COVID-19 tidak sah dan tanpa suntikan, pada Isnin hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata enam wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun termasuk lima pembeli itu ditahan berasingan selepas polis menerima laporan mengenai kegiatan tersebut daripada pemilik klinik pada 10.53 malam, Ahad lepas. 

Beliau berkata pihaknya kini sedang memburu 30 individu yang telah membeli sijil vaksin digital tanpa suntikan temasuk seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai menjadi dalang. 

“Kegiatan penjualan sijil digital vaksin COVID-19 tidak sah itu dipercayai telah beroperasi selama sebulan dan menyasarkan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin atau antivaksin.

“Difahamkan setiap individu yang ingin mendapatkan sijil itu perlu membayar antara RM300 hingga RM650 manakala orang tengah yang bertindak mencari pelanggan pula akan menerima komisen RM125 bagi setiap sijil digital yang diperoleh,” katanya pada sidang media hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dua pekerja klinik terbabit direman empat hari hingga Jumaat ini manakala pihaknya akan memohon reman ke atas seorang lagi pekerja hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan/Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan siasatan juga menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru individu yang telah membeli sijil digital vaksin tanpa suntikan supaya tampil dan menyerah diri di balai polis berhampiran– BERNAMA