Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
99 pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang positif Covid-19 -

99 pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang positif Covid-19

KEDAH merekodkan kemunculan kluster baharu Covid-19 dikenali sebagai Kluster Dah Penyarom semalam setelah 99 pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memaklumkan, jumlah itu bagaimanapun dijangka bertambah memandangkan masih ada dalam kalangan pelajar yang belum menerima keputusan ujian saringan masing-masing.

Katanya, rata-rata pelajar yang positif merupakan pelajar perempuan di asrama tersebut.

“Saya difahamkan mereka mula mengalami gejala seperti batuk dan demam ketika menjalani peperiksaan baru-baru ini. Sebaik menjalani ujian saringan selepas peperiksaan, mereka kemudiannya disahkan positif Covid-19.

“Berikutan itu ujian saringan kemudiannya dijalankan terhadap semua pelajar di asrama sekolah tersebut. Setakat semalam, 99 pelajar disahkan positif dan mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Wawasan, Jitra dengan menaiki bas hari ini,” katanya.

Tambahnya, kesemua pelajar yang belum menerima ujian saringan kini menjalani kuarantin di asrama dan dipakaikan gelang merah jambu.

“Saya sudah meninjau keadaan sekolah bersama Pegawai Kesihatan Daerah semalam. Setakat ini kita sudah mengambil langkah perlu dengan membersih serta mensanitasi  kawasan asrama serta sekolah,” katanya. – SB