RFID: Plus buka semula ruangan komen di FB

0
320

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula ruangan komen di laman Facebook (FB) rasminya yang sebelum ini ditutup ekoran ramai pengguna lebuh raya meluahkan tidak puas hati dengan penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Berdasarkan pemerhatian SatuBerita, pengendali laman Facebook PLUS membuka semula ruangan komen kepada pengguna media sosial kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Difahamkan, ruangan komen itu sebelum ini ditutup namun kini ia dibuka dan secara pantas dibanjiri komen pengguna yang rata-rata tidak puas hati.

“Dah buka ruangan komen? Dah ada TouchNGo dan smart tag buat apa Rfid. Jikalau sistem Rfid bagus saya sokong. Rakyat dah susah masa kini. Lagi cari pasal,” kata seorang pengguna Facebook, Lucas Ng.

“Dah lama dah PLUS beroperasi di Malaysia, kenapa makin lama, teknologi yang diperkenalkan, makin menyusahkan pengguna? Tak cukup kajian lapangan ke?,” soal Nazahiriah Abd. Aziz.

“Buka balik SmartTag, jangan tutup comment, tak ‘gentleman’,” kata Jason Akg di ruangan komen.

PLUS mengumumkan peralihan kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula Sabtu lalu.

Namun sepanjang tiga hari ini, masih ada pengguna yang menggunakan pelekat RFID berdepan kesulitan ketika melalui plaza tol.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Berhad, Syed Mohammed Idid ketika memberitahu BH Online berkata, pengguna yang menghadapi masalah boleh mendapatkan bantuan melalui Direct Message (DM), emel, twitter dengan menyertakan maklumat spesifik.

“PLUS sentiasa terbuka dan sedia membantu pelanggan yang menghadapi masalah namun mereka perlu memberikan butiran lanjut kerana ia lebih memudahkan untuk kami bantu,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here