Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Tidak sama sekali' - tegas Takiyuddin jawab tuduhan pemecatan Khairuddin kerana MN, PN -

‘Tidak sama sekali’ – tegas Takiyuddin jawab tuduhan pemecatan Khairuddin kerana MN, PN

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak ada kena mengena dengan isu Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN)

“Not at all (tidak sama sekali), walaupun saya tak nak menghuraikan puncanya, tapi sama sekali tak ada kaitan dengan MN atau PN,” katanya kepada media di Kota Bharu pada Isnin.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu menambah, Khairuddin dipecat atas sebab yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Ini purely (kerana) masalah pentadbiran dan pengurusan parti,” katanya.

Minggu lalu Abdul Hadi mengumumkan Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023.

“Itu (digugurkan) biasa dalam parti… tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan, ditukarkan (jawatan) itu biasalah. Dalam parti, ada Lembaga Disiplin,” kata Abdul Hadi.

Sementara itu Takiyuddin berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang membuat kenyataan bahawa pemecatan Khairuddin berpunca daripada isu MN dan PN.

Katanya PAS serius dengan pendirian tersebut.

Kata Takiyuddin, isu perbezaan pandangan dalam PAS adalah perkara biasa termasuk mengenai sikap parti terhadap MN dan PN.

“Perbezaan berkenaan sentiasa diraikan dalam PAS, justeru tidak menjadi sebab untuk parti mengetepikan Khairuddin,” ujarnya.

Takiyuddin turut mencabar Khairuddin atau mana-mana pemimpin untuk menyatakan bahawa isu MN dan PN adalah punca pemecatan tersebut.

“Adakah dia (Khairuddin) berani mengatakan bahawa soal ini (pendirian MN dan PN)?

“Kalau dia berani, dia buat kenyataanlah: ‘Saya dipecat kerana ini (MN dan PN). Kalau berani, silakan,” katanya.