Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar asrama cetus Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan -

Pelajar asrama cetus Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan

SEORANG pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan di Kota Kinabalu, mencetuskan kluster baharu Covid-19 membabitkan institusi pendidikan di Sabah, semalam.

Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan itu tercetus selepas pelajar lelaki berumur 18 tahun berkenaan didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan Covid-19 RTK-Antigen pada 13 dan 14 Januari lalu apabila bergejala sejak 9 Januari lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata ujian saringan kemudiannya dibuat ke atas kontak rapat dalam kalangan rakan seasrama dan mendapati seramai 34 orang lagi positif jangkitan virus berkenaan.

“Siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama yang sama.

“Semua pelajar yang terbabit sudah diasingkan untuk rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Masidi berkata, sehingga hari ini kluster berkenaan mencatat 36 kes positif Covid-19 termasuk 34 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Kluster berkenaan sekali gus menyebabkan kes jangkitan di Tambunan melonjak mendadak ke tangga kedua daripada 27 daerah dengan 36 kes, manakala Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi jangkitan baharu dengan 47 kes, hari ini.

Bagaimanapun, katanya secara keseluruhan, kedudukan kes harian di Sabah bertambah kecuali Tambunan dengan jumlah kes baharu sebanyak 213, susut 52 kes berbanding semalam.

Sementara itu, tiada kes kematian disebabkan Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini, manakala 108 pesakit dilaporkan sembuh dan 761 orang lagi sedang menjalani rawatan. – SB