Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perkeso bayar faedah RM 1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan -

Perkeso bayar faedah RM 1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM 1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bayaran faedah itu termasuk ketegori hilang upaya sementara dan kekal, faedah perubatan dan orang tanggungan, selain faedah pengurusan mayat.

Sehubungan itu, Awang berkata, kementeriannya menggalakkan individu yang bekerja sendiri yang menghantar makanan agar mencarum dengan Perkeso supaya kebajikan sosial mereka terjamin menerusi pemberian faedah berkenaan.

“Jadi, tentulah sudut perlindungan dari segi kebajikan perlu kita beri perhatian, sebab dalam apa kerja pun dalam dunia ini ada risiko, jadi risiko inilah kita beri tumpuan,” katanya menurut laporan Bernama.

Terdahulu, Awang menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial, 25, yang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan mengambil pesanan pelanggan pada Jun tahun lepas.

Mengulas lanjut, Awang berkata, proses mendapatkan tuntutan tidak mengambil masa lama iaitu antara dua atau tiga bulan sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 2.38 juta orang bekerja sendiri (OBS) di seluruh negara akan mencarum dengan Perkeso tahun ini.

Setakat ini, hanya 15.03 peratus atau 358,214 OBS telah mencarum dengan agensi tersebut, katanya.

Dalam pada itu, Awang berkata, lebih 12,000 aduan pekerja terhadap majikan direkodkan kementerian menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) sejak ia dilancarkan pada Mei tahun lepas.

“Daripada jumlah ini, kementerian telah menyelesaikan lebih 60 peratus kes aduan terbabit, manakala selebihnya sedang disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

Terkini, menurut Awang, pihaknya turut menerima aduan mangsa banjir dibuang kerja oleh majikan kerana tidak hadir bekerja dengan alasan banjir.

Katanya, siasatan terhadap aduan mangsa banjir itu sedang dijalankan bagi memberi keadilan kepada mereka. – Bernama