Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penyerahan pemberontak tiada kaitan dengan rundingan damai di Malaysia -

Penyerahan pemberontak tiada kaitan dengan rundingan damai di Malaysia

PENYERAHAN tiga individu yang disyaki sebagai pemberontak kepada kerajaan Thailand oleh Malaysia tiada kaitan dengan dialog damai yang diadakan di Kuala Lumpur awal minggu ini kata Bangkok.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, penyerahan ketiga-tiga individu berkerakyatan Thailand itu berlaku pada Rabu (12 Januari), hari kedua rundingan dialog damai berkenaan.

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai rekod jenayah itu ditahan berhampiran Durian Burung, di Kedah bulan lalu.

Ketua perunding rundingan damai selata Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh berkata, penyerahan itu adalah hasil kerjasama dalam ekstradisi antara kedua-dua negara, dan tiada kaitan dengan dialog damai yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di selatan berada dalam senarai orang dikehendaki di Thailand.

Pada 11 dan 12 Januari, rundingan damai secara bersemuka selatan Thailand yang tertangguh selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19, disambung buat kali pertama di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanlop dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diketuai oleh Anas Abdulrahman, hadir ke rundingan dua hari itu. Rundingan itu dibantu oleh bekas ketua polis negara Rahim Mohd Noor sebagai pemudah cara yang mewakili kerajaan Malaysia. – AGENSI