3,346 kes positif Covid-19 hari ini

JANGKITAN baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 3,346 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 2,802,263 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Semalam, angka harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,684 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. – SB