Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun M dibenarkan keluar IJN -

Tun M dibenarkan keluar IJN

TUN Dr. MAHATHIR Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah menjalani beberapa prosedur perubatan pada petang Khamis, kata pusat rawatan itu dalam satu kenyataan yang diedarkan.

Kenyataan itu juga menyebut, Ahli Parlimen Langkawi itu keluar dari pusat rawatan tersebut pada pukul 3.45 petang ini dan beliau menyambung proses pemulihan di rumah.

“Tun Dr.Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali merakamkan penghargaan terhadap semua pihak yang prihatin dan mendoakan sejak Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan tersebut.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN untuk prosedur perubatan elektif.

Pada 23 Disember 2021, Dr. Mahathir yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu.

Beliau dimasukkan semula ke IJN selepas itu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut. – SB