Remy mula risau sering ditanya soal anak

0
648

MENDEPANI 1,000 satu pertanyaan tentang kehidupan peribadi sememangnya memberikan ‘tekanan’ buat lelaki yang satu ini.

Sejak bergelar suami beberapa bulan yang lalu, pelakon Remy Ishak mengakui sering ditanya soal zuriat daripada orang sekeliling.

“Masuk je penggambaran, ramai tanya bila nak ada anak. Belum ada apa-apa lagi ke?Pertanyaan mereka ni betul-betul buat saya fikir dan mula risau perkara ini,” kata Remy berterus terang.

Remy, 39, dan Ezza Yusof, 38, bernikah pada 21 Ogos 2021.

Jelasnya, dia berusaha ke arah itu tetapi memandangkan kesibukan masing-masing membuatkan mereka belum dikurniakan rezeki yang satu itu.

Tambahnya, dia dan isterinya Ezza Yusof mempunyai komitmen kerja dan menyerahkan soal anak kepada rezeki.

“Apabila dah boleh mula bekerja ni, saya tiba-tiba ada juga terfikir mengenai anak. Diam tak diam dah lebih lima bulan kami berkahwin.

“Bukan tidak mahu ada anak, kami sendiri sudah beberapa bulan kahwin tapi belum ada tanda-tanda lagi. Terfikir juga macam mana nanti.

“Sudahlah kami masing-masing dah mula sibuk bekerja,” kata ketika ditemui sempena sidang media Masked Singer Malaysia pada Rabu.

Selain Remy, terdapat 14 orang juri bakal bersama rancangan yang sudah memasuki musim kedua termasuklah Michael Ang, Zizan Razak, Raja Azura dan ramai lagi.

Tambahnya lagi, kesibukan kerja membuatkan mereka terpaksa menangguhkan perancangan berbulan madu seketika.

Pada awalnya, masing-masing merancang untuk menunaikan umrah bersama tetapi sehingga ke hari ini masih belum berkesempatan berbuat demikian.

“Nak merancang untuk pergi berbulan madu pun tak sempat lagi. Ingatkan lepas nikah dapatlah bersama pergi bulan madu dan buat umrah bersama, tapi tak tercapai juga hasrat tersebut.

“Bila dah ada kesempatan ni, kami berdua pula tiada masa dan masing-masing fokus dengan kerjaya. Saya sendiri sampai Jun nanti jadual memamg padat,” katanya.

Untuk rekod, Remy, 39, dan Ezza Yusof, 38, bernikah pada 21 Ogos lalu selepas lapan tahun berkenalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here