Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aishah diserang netizen gara-gara isu ‘membeli beras’ -

Aishah diserang netizen gara-gara isu ‘membeli beras’

PERKONGSIAN yang dibuat oleh Aishah tentang isu ‘membeli beras’ nampaknya meninggalkan reaksi kurang senang daripada segelintir pihak.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, dia menerima banyak teguran dan kata-kata kurang enak daripada peminat yang tidak berpuas hati.

Ada yang menganggap tindakan Aishah seperti membuka aib suaminya meskipun mereka sekarang dalam proses untuk bercerai.

“Marah betul sesetengah orang apabila saya menceritakan pengalaman sebagai isteri yang beli beras.
“Relax, saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun. Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain. Tak payah bertubi-tubi DM nak maki hamun saya,” katanya.

Pun begitu Aishah tidak mendedahkan apakah mesej yang diterima dan dari siapa. Namun perkara tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang simpati dengan nasib dirinya.

Menyingkap kembali apa yang berlaku, semuanya bermula apabila dia menerima hadiah daripada anak sulungnya baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran ke-57.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aishah mengaku jarang dimanja oleh orang tersayang sejak dahulu lagi.

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras,” tulisnya.

Sudah pasti perkongsian ‘membeli beras’ tersebut mengundang perhatian ramai yang menganggap dia cuba memburukkan lelaki tersebut.

Terdahulu November tahuh lalu, Aishah mengejutkan umum apabila mendedahkan sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Tidak dapat dipastikan apakah kesudahan episod rumah tangga mereka sehingga ke hari ini. – SB