Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ada pihak tipu status dapatkan bantuan mangsa banjir -

Ada pihak tipu status dapatkan bantuan mangsa banjir

ORANG lain yang menjadi mangsa banjir, orang yang tidak terkesan pula cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan bantuan.

Itulah sikap segelintir pihak yang dapat dikesan oleh Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) ketika menyampaikan peti ais kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Langat yang memohon dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu, semalam.

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita mendedahkan tentang sikap buruk individu ini yang tetap membuat permohonan bantuan walaupun mereka tidak terjejas teruk disebabkan banjir.

Timbalan Presiden Pertubuhan Dana Kita, Muhammad Irwan Omar berkata, permohonan peti ais ini dibuka kepada umum dan telah menerima 12,600 permohonan tetapi bajet yang diperuntukkan untuk misi kali ini hanyalah untuk 800 peti ais sahaja.

“Jadi kita terpaksa saring pemohonan ini dan kita lebihkan golongan ibu tunggal, asnaf, anak yatim dan golongan B40.

“Jadi bila hari nak hantar peti ais tu, kita tidak hantar melalui orang ketiga, memang kita hantar sendiri,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Irwan berkata, semasa proses penghantaran peti ais itu, pihaknya akan menyemak terlebih dahulu sekiranya pemohon itu berkelayakan atau tidak kerana ada pemohon yang sudah menerima banyak sumbangan malah ada juga pemohon yang menetap di pangsapuri tingkat 2 yang tidak terjejas.

“Kadang-kadang ada orang ni yang nak mencuba je mohon sebab kami buka permohonan umum jadi ramai yang mencuba dengan alasan peti ais rosak dan nak digunakan untuk tujuan lain,” jelasnya.

Menurut beliau, setakat semalam, 6 permohonan telak ditolak disebabkan alasan mereka yang tidak kukuh dan ada juga pemohon yang membuat pemohonan disebabkan peti ais mereka sudah rosak walaupun tidak terkena banjir.

Bagaimanapun, misi bantuan semalam telah menyaksikan 60 peti ais berjaya diedarkan kepada penduduk sekitar Hulu Langat yang terjejas disebabkan banjir.

“Pihak kami mempunyai peruntukan untuk 800 peti ais, jadi lepas ini kita akan hantar juga di sekitar kawasan Shah Alam, Puchong, Banting dan kawasan-kawasan lain yang terjejas disebabkan banjir,” jelasnya. – SB