Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM tahan Pengarah Urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu -

SPRM tahan Pengarah Urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah urusan sebuah syarikat dan seorang jurutera profesional bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250,000 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, enam tahun lepas.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan pada 2016 hingga 2020, kedua-dua individu berkenaan telah bersubahat dalam mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat, bagi projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut  dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini, bagi mendapatkan permohonan reman.

— BERNAMA