Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sijil digital vaksinasi dijual RM2,500? -

Sijil digital vaksinasi dijual RM2,500?

TULAR satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.

Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan ‘selamat’ jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.

“Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera,” lapor Sinar Harian.

Menurut mesej yang tular itu, pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.

Individu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak.