Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sambut secara sederhana, SOP ketat elak ‘Kluster Thaipusam’ -

Sambut secara sederhana, SOP ketat elak ‘Kluster Thaipusam’

PENGEKANGAN penularan COVID-19 perlu dititik beratkan di samping penganut Hindu bakal menyambut Perayaan Thaipusam pada 18 Januari ini lebih-lebih lagi ketika jumlah jangkitan varian Omicron yang semakin meningkat di seluruh negara.

Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk R.S Mohan Shan berkata, perayaan itu perlu disambut secara sederhana bagi mengelakkan tercetusnya ‘Kluster Thaipusam’, namun masih mengekalkan tradisi dan kepercayaan agama itu.

Susulan itu, beliau berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi menyambut perayaan Tahipusam yang akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi itu bersifat inklusif dan tegas.

“Mungkin kita boleh menyambut ia seperti tahun lepas iaitu perarakan pedati tanpa penganut, membawa pal kudam (belanga susu) atau kavadi secara tersusun. Namun masyarakat India yang perlu membuat keputusan bijak dan pilihan di tangan mereka,” katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Terdahulu pada Jumaat, Mohan bersama-sama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique melakukan tinjauan ke lokasi sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Sungai Petani, Kedah bagi memperkemas cadangan SOP.

Katanya, kerajaan sedang memperhalusi segala cadangan daripada kuil-kui yang terlibat sebelum memuktamadkan SOP bagi perayaan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, bagi memastikan keselamatan ketika menyambut perayaan Thaipusam, penganut perlu mendapatkan perlindungan maksimum seperti vaksinasi penuh termasuk dos penggalak.

Katanya, perayaan Thaipusam boleh disambut tetapi dalam keadaan berjaga-jaga dan norma baharu seperti bilangan orang yang terlibat dalam perarakan keagamaan mungkin dihadkan untuk mencegah penularan jangkitan.

“Pihak berkuasa juga perlu bertemu dengan pihak pengurusan kuil dan penganjur sebelum sambutan perayaan itu mengenai semua pengaturan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiauasaha Kehormat Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor, C. Sethupathy pula berkata beberapa persediaan sudah mula dilaksanakan sementara menunggu SOP muktamad daripada kerajaan.

Katanya pihak kuil telah menerima surat daripada kerajaan bagi memulakan persiapan untuk sambutan itu dan Kuil Batu Caves yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia setinggi 42.7 meter itu mula menerima penganut Hindu sejak beberapa minggu lepas.

“Sebanyak 500 paal kudam (belanga susu) dan beberapa kavadi telah diambil oleh penganut sebagai pembayaran nazar mereka setakat ini,” katanya.

Pada 14 Disember lalu, Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi SOP perayaan berkenaan dengan mengambi kira keselamatan dan kesihatan rakyat, selain penularan varian Omicron.–SB