Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keretapi api tidak berhenti di Kuala Gris, KTMB gantung tugas kakitangan -

Keretapi api tidak berhenti di Kuala Gris, KTMB gantung tugas kakitangan

KERETAPI Tanah Melayu (KTMB) Berhad menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam kejadian tren Shuttle Timuran No 51 tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan pagi tadi.

KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook hari ini memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian oleh kakitangan terbabit dalam insiden itu.

“KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada 7.08 pagi.

“KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian lebih-lebih lagi melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini,” menurut kenyataan itu.

Justeru, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesal dengan kejadian yang berlaku.

“Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 pelajar SMK Dabong tidak dapat mengikuti hari pertama persekolahan apabila tren yang menjadi pengangkutan mereka untuk ke sekolah itu tidak berhenti di stesen terbabit.- BERNAMA