Jangkitan baharu Covid-19 menurun kepada 2,888 kes

JANGKITAN baharu harian Covid-19 sedikit menurun berbanding pada Sabtu apabila sebanyak 2,888 kes positif direkodkan di seluruh negara, hari ini.

Angka berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 363 kes daripada 3,251 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,786,219.

Katanya, maklumat terperinci berkenaan dengan status terkini Covid-19 seluruh negara akan dimuat naik di laman COVIDNOW.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 11 kes kematian dengan angka kumulatif kini mencecah sebanyak 31,655 kematian.

Jumlah berkenaan termasuk dua kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.–SB