Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pembalak penyebab bencana alam balasannya neraka - Mufti Perlis -

Pembalak penyebab bencana alam balasannya neraka – Mufti Perlis

NERAKA akan menjadi pembalasan kepada pembalak haram yang menyebabkan kemusnahan hutan dan mencetuskan bencana banjir.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW memberikan amaran kepada sesiapa yang menebang pokok bidara yang menjadi teduhan orang ramai.

Dalam hadis itu juga kata beliau, Baginda memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan hal itu maka Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka.

Mohd. Asri menjelaskan, hadis itu berkaitan mereka yang memusnah tempat berehat atau berteduh para musafir atau haiwan dan ia boleh dikiaskan kepada tindakan rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal.

“Pokok bidara di padang pasir mampu menghadapi cuaca kering dan panas dan menjadi teduhan kepada manusia dan haiwan manakala buahnya pula boleh dimakan apabila memerlukan. Memelihara pohon bidara dengan fungsi tersebut adalah menjaga keseimbangan dan peranan antara ciptaan Allah. Merosakkannya, adalah merosakkan anasir penting dalam keselamatan hidup manusia. .

“Jika memusnah pokok tempat berteduh semasa manusia kepanasan ketika berada dalam perjalananan atau luar rumah, direndam atau direndahkan kepala dalam neraka, bagaimanakah bagi yang menebang pokok-pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal?! Ia bukan sekadar manusia hilang tempat berteduh di luar rumah, ini menyebabkan manusia hilang rumah tempat menetap diri dan keluarga, sekolah, tempat kerja, masjid, rumah ibadah dan pelbagai,” kata beliau seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian pada Selasa.

Spesies pokok bidara terkenal tumbuh di semenanjung Arab dan kawasan padang pasir itu sering disebut dalam kitab suci pelbagai agama di mana hampir keseluruhan bahagian pokok itu mempunyai manfaat termasuk digunakan untuk berteduh bagi pengembara.

Mohd. Asri berkata, pokok bidara disebut oleh Muhammad kerana ia memberi perlindungan kepada manusia dan haiwan.

Respons beliau itu tampil ketika kebimbangan semakin memuncak mengenai banjir besar di Pahang pada musim monsun ketika ini berlaku akibat aktiviti pembalakan yang berleluasa di negeri itu.

Selain itu, kayu-kayan yang tekumpul di Sungai Telemong, Bentong adalah berpunca dari aktiviti penerokaan tanah bagi perladangan haram durian Musang King di kawasan tersebut.

Pada Isnin, Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan perintah pemberhentian sementara kerja-kerja pembalakan di negeri tersebut.
Hujan lebat selama beberapa hari bermula 18 Disember lalu menyebabkan banjir besar di beberapa negeri di semenanjung termasuk Pahang.

Selain Pahang, Selangor turut terjejas akibat banjir di mana beberapa kawasan seperti Shah Alam dan Hulu Langat menjadi antara yang paling teruk.

Setakat ini 48 terkorban akibat banjir, sementara puluhan ribu lagi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka ditenggelami air.

Mohd. Asri menambah, perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat merupakan jenayah dunia dan akhirat tanpa mengira siapa pun pelakunya, samada golongan bawahan atau bangsawan; ahli politik atau ahli peniagaan akan dilaknat rakyat.

Tambah beliau lagi, amaran Nabi SAW bahawa laknat itu akan menimpa dan membawa padah kepada mereka dalam kehidupan dunia dan akhirat. – SB