Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rombakan kabinet hanya spekulasi, kerajaan fokus isu banjir, Covid-19 - Ismail Sabri -

Rombakan kabinet hanya spekulasi, kerajaan fokus isu banjir, Covid-19 – Ismail Sabri

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang belum selesai.

“Nama-nama tu macam-macam nama yang keluarlah… macam biasalah, dulu pun macam tu juga. Saya dah beritahu tadi, fokus saya sekarang adalah untuk banjir, jadi saya tak nak bercakap pun soal ada ke tak ada (rombakan kabinet), setakat ini selagi saya tak umumkan, tak adalah (rombakan kabinet),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di sini, berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad.

Baca berita berkaitan: Kabinet bakal dirombak?

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus bahawa Ismail Sabri akan melakukan rombakan Kabinet dengan melantik seorang timbalan perdana menteri dan menggugurkan tiga menteri daripada jawatan yang disandang mereka. – Bernama