[VIDEO] Polis cekup pemandu memandu secara merbahaya di Jalan Klang – Teluk Intan

0
736

PADAH memandu kereta secara melulu dan merbahaya akibat perasaan tidak puas hati, seorang individu telah ditahan polis selepas dikesan menerusi satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam).

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 1 Januari 2022 kira-kira jam 5.33 petang di KM46 Jalan Klang – Teluk Intan berhampiran Bandar Baru, Kuala Selangor. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor telah mengambil tindakan dan berjaya mengesan pemandu terbabit.

“Menerusi rakaman itu, pemandu Toyota Camry didapati sedang mengejar kenderaan di hadapannya.

“Lelaki itu turut mengekori secara rapat dan melakukan halangan jalan di persimpangan Jalan Teluk Piah Kanan,” katanya.

Menurut beliau, pemandu serta kenderaan yang digunakan telah ditahan semasa kejadian di perkarangan IPD Kuala Selangor. Kes telah disiasat dibawah Seksyen 42 APJ 1987. 

Mengulas lanjut, pihak PDRM khususnya IPD Kuala Selangor menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah bagi mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 3.05 minit yang menyaksikan tindakan pemandu kenderaan jenis Toyota Camry bewarna putih dipandu secara melulu dan merbahaya ketika mengejar sebuah kenderaan lain dihadapannya akibat perasaan tidak puas hati terhadap pemandu kenderaan tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here