Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jemaah umrah boleh pilih pusat kuarantin swasta atau kerajaan - NADMA -

Jemaah umrah boleh pilih pusat kuarantin swasta atau kerajaan – NADMA

JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau kerajaan.

Jemaah tersebut adalah person unders surveilance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, mengakui wujud rungutan mengenai jemaah umrah yang risau dengan kos tambahan dan berkemungkinan tidak selesa apabila diarah menjalani kuarantin.

Katanya, jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta, merujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin diuruskan kerajaan.

“Bagi penempatan kuarantin diuruskan kerajaan, individu dalam pemantauan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM akan ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam, bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Beliau berkata, tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM.

Turut dibangkitkan ialah isu jemaah umrah tidak mempunyai pilihan hotel, sebaliknya terpaksa akur dengan senarai penginapan ditentukan pengurusan NADMA.

BERITA BERKAITAN Kabinet bincang penangguhan umrah esok – PM

Dr Abd Latiff berkata, pihaknya mempunyai senarai pusat kuarantin untuk jemaah umrah sebaik mereka tiba di tanah air.

Berdasarkan senarai berkenaan, 10 hotel dikhaskan untuk stesen kuarantin jemaah di Kuala Lumpur, manakala lapan di Selangor.

Hotel di Kuala Lumpur ialah Hotel Royal; Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang; Hotel IBIS, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC); Hotel Furama, Bukit Bintang; Hotel Mercure, Kuala Lumpur Shaw Parade; IBIS Style KL Fraser Business Park; Hotel AnCasa; Hotel Cosmo; Hotel KIP dan Hotel Arena Star.

Penginapan hotel di Selangor ialah Hotel Sama-Sama; Hotel Grand Dorsett, Subang; Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya; Hotel Sunway Clio; Hotel Hilton Garden Inn, Puchong; Hotel Oriental Cyrstal; Hotel SUmmit, USJ dan Hotel Pegasus, Shah Alam.

Pusat kuarantin di institut latihan awam pula merangkumi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT); Institut Aminuddin Baki (IAB) Nilai; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi; Institut Semarak FELDA (ISEF) Bangi; Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi; Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan QS Hotel. – SB