Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
13 laluan di Negeri Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir -

13 laluan di Negeri Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir

SEBANYAK 13 laluan membabitkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan, manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat 2 petang ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Wan Hasnan Wan Musa, berkata laluan berkenaan membabitkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (empat), Jempol (tiga), Kuala Pilah (dua) dan satu di Seremban.

Antara jalan itu ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.

“Pembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna,” katanya menurut laporan Bernama, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

“Pengguna juga boleh merujuk laman sesawang bilik gerakan bencana (BiGBen) JKR iaitu di bencanaalam.jkr.gov.my atau boleh hubungi talian 06-7659659/9614 untuk mengetahui perkembangan terkini bencana dan keadaan jalan raya,” katanya. – Bernama