Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pegawai bank rugi RM104,000 diperdaya Macau Scam -
Lova scam

Pegawai bank rugi RM104,000 diperdaya Macau Scam

SEORANG pegawai bank berputih mata apabila kerugian RM104,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa kad kredit miliknya terlibat dalam transaksi pembayaran Oversea Bitcoin, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata kejadian kira-kira 9 pagi, wanita berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada pihak bank yang memaklumkan terdapat transaksi daripada kad kredit mangsa berjumlah RM4,663 kepada Oversea Bitcoin dan kemudian panggilan disambungkan kepada wakil pihak Bank Negara bernama ‘Sarah’.

“Sarah memberitahu terdapat transaksi atas nama mangsa serta menunjukkan laporan telah dibuat ke atas wanita itu lalu panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lelaki yang memintanya mengemas kini pita magnetik pada kad.

“Lelaki itu turut meminta mangsa senaraikan kad bank yang ada dan menyuruh wanita itu menukar nombor pin di mesin ATM. Mangsa juga telah memberikan maklumat yang diminta tanpa disedari ia adalah perbuatan Scam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa yang mengesyaki dirinya diperdaya telah membuat semakan di bank tempatan pada hari sama dan mendapati terdapat pengeluaran sebanyak RM104,000 sebelum membuat laporan polis semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, tidak panik dan ambil masa untuk periksa kesahihan informasi yang dimaklumkan individu tidak dikenali.- BERNAMA