2,897 kes baharu, 35 lagi kematian

JUMLAH jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik 140 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 2,897 kes baharu dikesan berbanding 2,757 kes semalam.

Angka itu, katanya, menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,746,833 kes, dengan sehingga semalam seramai 2,669,650 pesakit telah sembuh dan 31,369 kematian dilaporkan.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 35 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,369 individu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalamuntuk seluruh negara adalah pada nilai 0.93, naik berbanding 0.90 pada jangkaan kelmarin.

Hanya Terengganu kekal mencatat nilai Rt sebanyak 1.00, manakala negeri-negeri lain antara 0.73 dan 0.97. – SB