Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tindakan spontan Ajak Shiro bantu mangsa banjir menyentuh hati -

[VIDEO] Tindakan spontan Ajak Shiro bantu mangsa banjir menyentuh hati

BENCANA banjir yang menimpa di beberapa kawasan Malaysia telah membuatkan ramai selebriti sanggup turun padang membantu dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk.

Namun, tindakan seorang pelawak dan pelakon terkenal, Mohd Hanaffi Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro yang sempat membantu seorang lelaki dan anaknya meredah banjir telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video berdurasi 59 saat yang dikongsikan oleh @Arezizoul di Tiktok, dapat dilihat Ajak yang memberhentikan keretanya di tengah-tengah banjir selepas ternampak lelaki itu serta anaknya meredah banjir menaiki motosikal. 

Difahamkan, kes itu berlaku di Bentong, Pahang dan ketika itu, paras air ketika itu mencecah  pinggang sekaligus menyukarkan nereka untuk meredah banjir.

Ajak bertindak untuk membawa kedua-duanya menaiki kenderaan pacuan empat roda miliknya, dan motosikal berkenaan  diletakkan di bahagian belakang kenderaan. 

Sebelum ini, Ajak juga sempat menumpangkan mangsa yang sedang berjalan kaki meredah banjir termasuk seorang kanak-kanak dan ibu mengandung.

Tindakan spontan Ajak itu telah mendapat reaksi positif orang ramai malah ada yang sebak melihat tindakan itu.

“Ya Allah saya kalau tengok orang menolong terasa nak nangis,” kata Nadya Medina.

“Terbaik brader Ajak Shiro semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki buat bro sekeluarga dan sahabat-sahabat yang tolong,” kata Rfy285.

“Alhamdulillah…Ajak ko pun terbaik sama-sama menyumbangkan bantuan,” kata Malek Tupai. – SB