SEORANG pegawai pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Johor berdepan detik cemas apabila diserang seorang tahanan di mahkamah berkenaan, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Lim Jit Huey berkata kejadian berlaku pada 11.20 pagi tadi ketika proses permohonan reman sedang berlangsung di dalam mahkamah itu.
“Seorang tahanan lelaki secara tiba-tiba menyerang pegawai wanita itu namun keadaan dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas. Pegawai tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Lim berkata kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.– BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.