Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
200 skuad Keluarga Malaysia terlibat pascabencana di Sepang, Klang - Rina -

200 skuad Keluarga Malaysia terlibat pascabencana di Sepang, Klang – Rina

KIRA-KIRA 200 sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia terlibat dalam operasi pascabencana di pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Sepang dan Klang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Bercakap selepas menyertai operasi tersebut, Rina berkata kesemua sukarelawan terbabit telah ditugaskan di lima PPS di dua daerah itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Salak, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Labu Lanjut, Dewan MPKK Kampung Gincing, Sekolah Rendah Agama Pulau Indah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah.

“Selain membersihkan PPS sekolah yang telah ditutup, Skuad Keluarga Malaysia juga membantu penduduk membersihkan kediaman masing-masing di sekitar Sepang,” katanya.

Skuad Keluarga Malaysia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Oktober lepas bagi menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara.

Sehingga kini, Skuad Keluarga Malaysia yang diterajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendapat penyertaan daripada lebih 17,000 sukarelawan di seluruh negara.

Rina berkata, bagi melancarkan kerja-kerja pembersihan pascabanjir, pihaknya telah menggerakkan 3,000 sukarelawan daripada skuad terbabit ke seluruh negara khususnya di lokasi yang teruk dilanda bencana itu.

Katanya, operasi berkonsep ‘keseluruhan masyarakat’ (whole of society) dan ‘keseluruhan kerajaan’ (whole of government) itu bertujuan memastikan sumbangan tenaga kerja disalurkan bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan PPS.

Sementara itu, Guru Besar SK Salak Ishak Noh berkata beliau berbesar hati apabila sekolah tersebut dijadikan PPS yang menempatkan kira-kira 50 keluarga mangsa banjir selama enam hari bermula 18 Disember lepas.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Rina dan Skuad Keluarga Malaysia yang membantu pihaknya membersihkan setiap kelas di sekolah terbabit memandangkan pelajar akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.- BERNAMA