Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Program Rekalibrasi Pulang dilanjut hingga 30 Jun -

Program Rekalibrasi Pulang dilanjut hingga 30 Jun

PROGRAM Rekalibrasi Pulang pendatang tanpa izin dilanjutkan hingga 30 Jun tahun depan, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata, pelanjutan program tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang berlangsung pada Rabu.

Menurutnya, seramai 192,281 orang pendatang tanpa izin telah berdaftar untuk pulang secara sukarela menerusi program yang dilancarkan pada Disember 2020 hingga Selasa lepas (21 Disember).

Tiga negara mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi ialah Indonesia (99,047), Bangladesh (26,821) dan India (23,844).

“Daripada jumlah itu, seramai 162,827 orang pendatang tanpa izin telah pulang ke negara asal,” katanya. 

Khairul Dzaimee menasihatkan pendatang tanpa izin untuk hadir ke kaunter program berkenaan dalam tempoh 24 jam dan tidak datang terlalu awal bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang atau terminal jeti.

Sebelum ini, kerajaan melancarkan Program Rekalibrasi Pulang iaitu program yang membenarkan pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Syarat untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang ialah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing dan memiliki tiket penerbangan atau feri untuk pulang ke negara asal.

Mereka juga perlu membayar kompaun RM500 sama ada menerusi kad debit, kad kredit atau Touch ‘n’ Go e-Wallet sahaja, dan mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) yang sah laku dalam tempoh 72 jam dari berlepas. – Bernama