Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keluhan rakyat tanggungjawab kerajaan, jangan terlalu legalistik -

Keluhan rakyat tanggungjawab kerajaan, jangan terlalu legalistik

KELUH-kesah rakyat dalam menghadapi bencana harus diberi perhatian secepat yang mungkin.

Kerajaan perlu komited mengurangkan kerenah birokrasi  dan legalistik yang menyebabkan penyaluran bantuan kepada orang ramai terutama membabitkan kes mangsa bencana, mengambil masa agak lama.

Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menasihatkan, apa-apa sahaja keluh-kesah masyarakat adalah tanggungjawab pihak kerajaan melalui kementerian untuk turun ke bawah dan melihat sendiri serta mencari jalan untuk membantu menghilangkan keresahan mereka. 

Beliau menasihatkan supaya jangan terlalu legalistik dan berkira dalam soal memberikan bantuan kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir.

“Kita datang hari ini adalah atas dasar perikemanusiaan untuk membantu masyarakat dan usaha ini akan diteruskan sehingga kita dapat pulihkan kawasan ini seperti sediakala sebab kita faham kalau mereka hendak bersihkan rumah mereka sendiri tanpa bantuan bukanlah satu kerja mudah,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan kerja-kerja pembersihan di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat melalui agensi di bawah kementeriannya, Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp) yang turut disertai oleh sukarelawan dari Perbadanan PR1MA Malaysia, hari ini. 

Inisiatif daripada KPKT itu melibatkan penyertaan dari syarikat konsesi pembersihan di bawah SWCorp daripada zon lain untuk turut sama membantu menggiatkan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu termasuk Alam Flora (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan E-Idaman (Zon Utara).          

“Komitmen KPKT ini akan diteruskan di Selangor dan kita lihat juga tempat-tempat lain yang memerlukan kehadiran kita melalui SWCorp dan anak-anak syarikat lain,” katanya.           

Reezal menambah, KPKT telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk operasi pascabanjir dan usaha membaik pulih kemudahan-kemudahan awam meliputi 25 kawasan kerajaan tempatan yang terjejas.  – SB