BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan telah meninggal pada pukul 11.45 malam Selada di kediaman anaknya, Nornekman di Damansara, Kuala Lumpur.
Perkara tersebut disahkan abang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, Datuk Aziz Sapian ketika dihubungi awal pagi ini.
“Benar, baharu sebentar tadi (meninggal dunia). Kita sedang tunggu makluman daripada keluarga di sana (Kuala Lumpur). Apa-apa urusan anak beliau akan maklum nanti,” katanya.
Pada 13 Oktober lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berusia 70 tahun itu dilaporkan menghadapi serangan angin ahmar di kediaman beliau sehingga perlu dikekalkan ke hospital.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam itu dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.
Allahyarham Osman juga adalah Menteri Besar Johor yang pertama daripada Bersatu yang dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan menjawat jawatan itu selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.