Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes baharu Covid-19 kembali naik, 3,140 kes baharu hari ini -

Kes baharu Covid-19 kembali naik, 3,140 kes baharu hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,140 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan sebanyak 2,724,684 kes.

Bagaimanapun, jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 18.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. – SB