Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Keadaan darurat, saya seikhlas hati halalkan -

[VIDEO] Keadaan darurat, saya seikhlas hati halalkan

KATA pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan pada ketika musibah menimpa, semangat peri kemanusiaan amat penting dan bermakna.

Bencana banjir yang menimpa menyebabkan ramai yang berada di dalam keadaan yang terdesak akibat keputusan bekalan keperluan terutamanya makanan.

Keadaan ini memaksa segelintir daripada mangsa banjir itu untuk memecah masuk ke kedai-kedai serbaneka dan pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan.

Antara yang diceroboh adalah Mydin, KK Mart, 7Eleven dan pasar raya Gmart.

Pun begitu apa yang menyentuh hati adalah sikap perikemanusiaan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang bukan sahaja tidak memarahi mereka tetapi juga memaafkan dan menghalalkan apa sahaja barang yang dicuri.

Alasan beliau mudah iaitu dia juga tersentuh hati dengan keperitan yang dialami oleh mangsa banjir di kawasan itu.

“Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, cawangan Mydin Mart di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada Sabtu yang mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya.

Menurut laporan Bernama, pihak polis mengesahkan berlaku beberapa kejadian pecah masuk di kedai serbaneka di Taman Sri Muda yang membabitkan Mydin, KK Mart, 7Eleven dan pasar raya Gmart.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 29 saat di media sosial memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai mangsa terkandas banjir bertindak memecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda. – SB