BANJIR yang telah melanda beberapa lokasi di Malaysia telah membuatkan ramai selebriti turun padang untuk menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada mereka yang terkesan.
Baca berita berkaitan: ‘Kami tiada duit, tapi kami ada kudrat’ – Sukarelawan bantu mangsa banjir
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Banjir: Hulu Langat terjejas teruk, bagaikan ‘dilanda tsunami’
Sejak pagi Ahad, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Lembah Klang dan lokasi-lokasi lain yang dilanda banjir.
Antara selebriti yang turun padang menghulurkan bantuan adalah Faizal Tahir, Ismail Izzani, Izzue Islam, Fazreen Rafi, Azhan Rani dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian daripada seorang perlakon tanah air, Fazreen Rafi, dapat dilihat kesungguhan beberapa rakan selebriti seperti Achey Bocey dan Fad Bocey yang bertungkus-lumus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Meru, Klang, Selangor.
Selain itu, salah seorang penyanyi muda terkenal, Ismail Izzani juga turun padang membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Hulu Langat, Selangor.
Sementara itu, Pelakon Azhan Rani atau cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur turut mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di Meru.
Seorang lagi pelakon terkenal tanah air, Izzue Islam juga tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama isterinya.
Walaupun selebriti ini tidak terkesan dengan masalah banjir yang berlaku, namun, semangat dan usaha mereka boleh menjadi contoh yang baik untuk orang ramai pada masa akan datang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.