Covid-19: 97.4% populasi dewasa lengkap divaksin

0
288
Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampangi. Gambar hiasan

SERAMAI 22.82 juta individu (97.4 peratus) daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23.12 juta individu (98.7 peratus) daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2.73 juta elah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2.83 juta (90.0 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam melibatkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,803,470 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,500,495. – Bernama