Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tabung Srikandi bela nasib ahli - Rina Harun -

[VIDEO] Tabung Srikandi bela nasib ahli – Rina Harun

SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan penubuhan tabung Srikandi Malaysia untuk membantu dan membela nasib ahli pergerakan itu.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun, tabung berkenaan juga bagi membantu ahli yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebanyak RM50,000 sudah diperuntukkan sebagai dana pemulaan tabung berkenaan.

“Covid-19 turut meragut nyawa orang yang kita sayangi, ramai juga yang kehilangan tempat bergantung,

“Ada juga di antara Srikandi yang kehilangan suami angkara Covid-19,” kata Rina ketika berucap perasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi 2021 pada Sabtu.

Rina berkata, tabung tersebut ditubuhkan demi membantu ahli Srikandi atas dasar sebagai satu keluarga.

“Kita semua adalah satu keluarga, maka saya galakkan semua perwakilan dan seluruh ahli Srikandi untuk memberi sumbangan kepada tabung tersebut,” ujarnya. – SB