Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kuota 30 peratus calon muda berpatutan - Wan Fayhsal -

Kuota 30 peratus calon muda berpatutan – Wan Fayhsal

KUOTA 30 peratus untuk calon muda bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dianggap berpatutan.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kuota tersebut berpatutan kerana ia selari dengan perkembangan demografi nasional.

“Kuota 30 peratus untuk calon muda adalah berpatutan, selari dengan perkembangan demografi nasional dan menepati aspirasi zaman hari ini. 

“Jangan kita letakkan calon yang tidak faham atau tidak mampu menggalas aspirasi dan kehendak rakyat di akar umbi,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Armada di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mengambil maklum semua wakil negeri Armada yang bercakap mengenai ekonomi golongan muda ketika sesi perbahasan dasar Ketua Armada Nasional.

“Insyaallah Armada akan perjuangkan sebagai golongan pendesak kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

“Saya seru semua pimpinan Armada bersama saya kita masuk kampus, dan Yang Berhormat Datuk Seri (Datuk Seri Hamzah Zainudin) memberi jaminan, Armada ada perancangan di semua IPT dan IPTS,” katanya.

Terdahulu, ucapan dasar Ketua Armada Bersatu dibahaskan selama lima jam bermula 2.30 petang oleh 17 anggota perwakilan.

Perhimpunan Agung Tahunan Armada berlangsung secara fizikal di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (Mitec) dengan dihadiri 768 anggota perwakilan dari seluruh negara. – SB