MENGAKUI hidupnya penuh dengan cabaran, penyanyi Ashira tidak malu mengakui yang dia kini bekerja sebagai pelayan disebuah kedai makan setiap hujung minggu.
Dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut untuk menampung kehidupan seharian sementelah suaminya Bad, yang juga penyanyi kumpulan Indigo sedang menderita penyakit kencing manis.
“Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza (GV) dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya buat reviu sedikit sebanyak dapat membantu.
“Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, hujung minggu saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil pesanan dan hantar.
“Nak cakap derita tu tak, Alhamdululliah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong,” katanya dipetik Mstar.
Tambahnya, keadaan kesihatan Bad yang sudah dipotong lima jadi pada bahagian kami juga menyukarkan dia untuk bekerja secara penuh memandangkan perlu menjaga suaminya.
Untuk menambah pendapatan, dia juga membuat reviu berbayar di Instagram bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
“Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba jatuh sakit. Semasa Covid-19 ni besar dugaan saya hadapi.
“Saya dan ahli keluarga positif Covid-19, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan virus itu juga. Semasa Covid-19 ni juga saya rasa tak kuat dah sebenarnya, saya down gila-gila sebab banyak ujian.
“Tapi saya fikir balik saya perlu jadi kuat, sebab apa-apa pun yang jadi bukan kita minta dan kita minta pada Allah agar permudahkan segalanya,” kata Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37.
Terdahulu, media tempatan melaporkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh Bad membimbangkan apabila terpaksa dipotong kelima-lima jari kakinya.
Dia terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan untuk memudahkan pergerakan seharian. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.