Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi -

97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

SERAMAI 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,110,692 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.7 peratus atau 2,729,919 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,829,924 atau 89.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,246 dos pertama, 5,125 dos lengkap dan 159,345 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,383,495 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,107,585. – SB